hidup nie memang penuh pancaroba. kalau kita rasa kita dah berjaya, pasti ada orang lain yang lebih berjaya daripada kita.kalau kita fikir kita hidup susah, pasti ada orang lain yang dibawah kita. untuk menjadi seorang yang berjaya bukan hanya pada harta. ilmu dan agama juga adalah satu tunjang yang paling utama dalam mencapai sesuatu. jika kita berpaling dari agama kita sendiri, Allah tidak akan menunggu walau sesaat untuk melaknat kita jika DIA mahu. oleh itu, harus lah kita sentiasa tunduk dan menyembah Maha pencipta kita supaya kita tidak tehanyut dek arus dunia yang kian deras nie. (-.-)
semua yang dirancang belum tentu terlaksana. andai kita merancang sesuatu yang baik tetapi tidak menjadi, fikirkan la semula apa kurang nya. andai kita merancang sesuatu yang tidak elok, fikir kan lah kerugian yang bakal ditanggung. hidup ini bukan hanya ada kita. hidup ini penuh dengan duka nestapa. andai sabar itu penuh didalam dada, pasti semua nya ditempuhi dengan mudahnya. (^^)
teruskan lah kehidupan kita dalam mencari erti nyawa yang dikurniakan. jangan pernah melupakan apa yang termaktub dalam AL-QURAN, kita memang mudah membuat dosa. tetapi amat payah menilai pahala. apa saja yang terjadi adalah qada dan qadar. ini semua ketentuan ALLAH. kita sebagai insan yang lemah perlu pasrah dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. kerana TIADA DIANTARA KITA ADALAH SEMPURAN MELAINKAN KITA MENYEMPURNAI SESAMA SENDIRI. =)
p/s: i'm not a perfect person, but thanks to who ever who tell me that i am the perfection for their life. =)
No comments:
Post a Comment